Latihan Kahoot Bahasa Inggeris , Aktiviti Telefon Rosak Dan Teka Gambar

26 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2024 ( Sabtu ) - Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Kahoot Bahasa Inggeris,Aktiviti Telefon Rosak Dan Teka Gambar_250524. Latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan NADI Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 7 orang peserta iaitu 5 lelaki dan 2 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 12 tahun.

Untuk Latihan Kahoot Bahasa Inggeris, pelajar perlu menjawab soalan kuiz di website kahoot.com. Mereka perlu melihat soalan di “smart board” dan menjawab jawapan yang betul di skrin komputer masing-masing. Seterusnya,pelajar perlu bermain aktiviti telefon rosak iaitu pelajar perlu menghafal dan mendengar dengan baik perkataan yang disebut oleh orang hadapan dan orang yang paling belakang perlu meneka dengan tepat perkataan yang betul. Dengan cara ini,ia dapat meningkatkan daya ingatan mereka dan menajamkan pendengaran mereka.

Akhir sekali, pelajar bermain aktiviti teka gambar di “smart board” iaitu rakan mereka yang berada paling hadapan perlu meneka gambar yang berada di belakangnya sambil rakan yang lain memberikan ciri-ciri gambar tersebut supaya pelajar dapat meneka gambar dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas